Kemaskini Penting Mengenai Tetapan Penghantaran (berkuatkuasa 17 Mac 2022)
MAKLUMAN! Bermula 17 Mac 2022, susun atur Tetapan Penghantaran di Seller Centre akan dikemaskini untuk kemudahan persediaan saluran penghantaran. Berikut merupakan perubahan utama yang akan dilaksanakan:
● Penjual tidak lagi boleh mengaktifkan/menyahaktifkan saluran penghantaran secara individu di bawah Standard Delivery.
● Saluran penghantaran pilihan penjual yang sedia ada tidak akan ditukar, dan saluran tambahan yang berpotensi akan ditetapkan.
● Jika penjual ingin mengubah saluran penghantaran mereka selepas tarikh berkuatkuasa, mereka perlu menghantar borang permintaan perubahan bersama-sama dengan lampiran maklumat/dokumen sokongan. Borang permintaan perubahan tersebut akan disemak & diteliti terlebih dahulu oleh Shopee.
BAGAIMANAKAH INI AKAN MEMPENGARUHI PROSES PEMENUHAN PESANAN?
● Proses pemenuhan pesanan masih kekal, dimana pesanan akan diperuntukkan secara automatik kepada saluran penghantaran yang diaktifkan berdasarkan alamat pembeli dan ukuran dimensi bungkusan.
● Penjual masih boleh melihat saluran penghantaran yang diperuntukkan setelah pembeli membuat pembayaran untuk pesanan tersebut.
BAGAIMANAKAH PERUBAHAN INI AKAN MEMANFAATKAN ANDA MENURUT SHOPEE?
● Pengagihan pesanan dioptimumkan
● Mengurangkan risiko kelewatan
APA YANG AKAN DATANG?
• Saluran penghantaran pilihan penjual yang tersedia sebelum 2 Mac 2022 akan kekal, dan saluran tambahan yang berpotensi akan ditetapkan.
• Untuk butiran lanjut mengenai saluran penghantaran yang diaktifkan, penjual akan menerima paparan notifikasi bertajuk “Your Shipping Channel” seminggu sebelum 17 Mac 2022
• Jika penjual ingin menukar saluran penghantaran untuk kedai mereka selepas 17 Mac 2022, mereka boleh menghantarkan borang permintaan perubahan yang disertakan dengan maklumat sokongan. Penjual akan menerima notifikasi daripada Shopee dalam masa 7 hari bekerja dari tarikh penyerahan (rujuk gambar di bawah). Borang permintaan perubahan yang diserahkan hanya sah selepas 17 Mac 2022.
*Perhatian: Sekurang-kurangnya 2 saluran penghantaran individu perlu diaktifkan untuk setiap penjual.
Rumusannya, apa yang akan berubah adalah seperti berikut:
1. Dah tak boleh pilih courier.
2. Courier bakal ditambah masuk secara auto oleh Shopee.
3. Tapi, penjual boleh membuat rayuan untuk menutup courier yang tak diingini dengan mengisi Borang Permintaan Perubahan terlebih dauhulu.
Untuk Borang Permintaan Perubahan, boleh klik link berikut: https://shopee-support.formstack.com/forms/my_shopee_seller_request_for_changing_adding_or_removing_shipping_company
Sekian, harap maklum & terima kasih.