Ciri Balas (Reply) Dalam Shopee Chat

 Ciri Balas (Reply) Dalam Shopee Chat

Adakah anda pernah menggunakan  Whatsapp? Jika ditanya, majoriti kita pasti sudah mengetahui apa itu Whatsapp dan bagaimana ia berfungsi. Lebih-lebih lagi bagi kita sebagai penjual sama ada secara online atau offline, applikasi Whatsapp ini memang sangat penting untuk kita berinteraksi dengan pelanggan.

Pada kebelakangan ini, tahukah anda bahawa Shopee telah menambah satu ciri terbaru dalam sistem Chat mereka iaitu “Balas” atau Reply. Ciri terbaru ini adalah sinonim dengan ciri Reply yang sudah ada dalam Whatsapp. Ciri Balas ini mepunyai interface yang berlainan untuk komputer / laptop & telefon seperti yang ditunjukkan dalam gambar-gambar di bawah ini.

Interface Ciri Balas Dalam Komputer / Laptop

Ciri Balas dalam Shopee Chat (Peranti Komputer)

Interface Ciri Balas Dalam Telefon

Ciri Balas dalam Shopee Chat (Peranti Telefon)

Tahukah anda bahawa, ada beberapa kelebihan yang dapat diperolehi menggunakan ciri ini iaitu:

  1. Menjawab isu / soalan yg spesifik yang dikemukakan oleh pelanggan secara lebih efisien.
  2. Melancarkan urusan antara kedua-dua belah pihak pelanggan & penjual.
  3. Memberi pengalaman yang lebih mesra pengguna untuk pembeli & penjual.

Walaupun ciri ini nampak kecil, namun ia mampu memberi kesan kepada hasil jualan kita unutk tempoh yang panjang. Oleh itu, bersama-samalah kita manfaatkan ciri ini untuk meningkatkan lagi penukaran jualan kita pada masa akan dating. Semoga bermanfaat perkongsian kali ini J.

mohdarif9606

Mohd Arif

Related post