Shopee Live
Shopee Live merupakan salah satu cara marketing dalam Shopee. Fungsi ia sama macam Facebook Live yang diguna oleh ramai pemain bundle. Seller boleh berinteraksi secara ‘real-time’ dengan buyer semasa live tu.
Cuma yang bezanya adalah buyer perlu membuat pembelian dalam Shopee juga, bukan perlu mesej seller di whatsapp untuk membuat pembelian. Anda boleh tengok contoh Live yang telah dibuat dengan menekan Icon di bawah
Kelebihan Shopee Live
- Pendedahan berkenaan produk itu akan bertambah dan boleh meningkatkan ‘follower’ dalam Shopee
- Meningkatkan jualan sebab ramai buyer yang tau berkenaan produk ini
Shopee telah menyediakan Checklist sebelum membuat Live, jadi anda boleh tick dulu checklist ni sebelum betul-betul buat Live. Link checklist tu boleh tekan dibawah:
Cara nak buat Shopee Live
- Tekan Me, kemudian tekan Live Streaming
- Masukkan Tajuk, Deskripsi dan gambar cover, kemudian pilih produk yang mana untuk ditunjuk dalam Live tersebut (anda boleh masukkan 200 produk)
- Selesai pilih produk, tekan next. Anda boleh tekan Shopping bag untuk pilih produk yang akan ditunjuk menjadi Preferred Product semasa Live. Shopping Bag ni juga tempat untuk anda masukkan voucher yang dibuat. Anda juga boleh notify follower yang dah ada dalam Shopee dengan klik Notify Follower. Follower anda akan dapat notification yang anda tengah buat Live
- Klik Go Live jika dah ready
- Tekan pangkah jika dah selesai buat Live. Selepas itu anda akan dapat analisis Live yang telah dibuat
Cara terbaik untuk Live
- Ada tema untuk Live – Bukan sekadar menjual tapi boleh buat unboxing, kongsi resepi masakan, tips & trick dan lain-lain
- Berinteraksi dengan buyer – Bila buyer komen Live tersebut, cuba untuk react
- Sedia maklumat yang lengkap apa yang ingin disampaikan dalam Live tersebut
- Sediakan promosi untuk buyer yang menyertai Live tersebut