Memantau Prestasi Iklan
Apakah maksud perbezaan metrik iklan?
● Impression (Bilangan Tontonan)
Bilangan Tontonan mengukur bilangan iklan anda dilihat oleh pembeli yang telah log
masuk. Semakin tinggi bilangan tontonan, semakin luas jangkauan iklan anda kepada
pembeli yang berpotensi. Untuk Pengiklanan Kedai, metrik ini juga dipanggil Bilangan
Tontonan Kedai.
● Clicks (Klik)
Klik mengukur bilangan klik dari pengguna log masuk setelah melihat iklan anda. Untuk
Pengiklanan Kedai, metrik ini juga dipanggil sebagai Klik Kedai.
● CTR (Kadar Melalui Klik)
CTR mengukur peratusan kali pengguna klik pada iklan anda selepas melihatnya. Untuk
Pengiklanan Kedai, metrik ini juga dikenali sebagai CTR Kedai.
Sebagai contoh, sekiranya ada 100 bilangan tontonan untuk iklan anda dan 20 klik,
CTR anda ialah 20%. CTR yang tinggi mencerminkan minat pembeli yang tinggi pada
iklan anda.
● Order (Pesanan)
Pesanan merujuk pada jumlah pesanan yang telah dibuat oleh pembeli dalam tempoh 7
hari selepas mengklik pada iklan anda. Apabila pembeli membuat pesanan, ia mungkin
mengandungi berbilang kuantiti produk yang diiklankan oleh anda.
● Item Sold (Item Yang Dijual)
Item Yang Dijual mengukur kuantiti keseluruhan produk yang telah dibeli oleh pembeli
dalam tempoh 7 hari selepas mengklik pada iklan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda
mengiklankan sehelai baju dan seorang pembeli beli 3 baju serentak, Pesanan akan
dikira sebagai satu dan Item Yang Dijual akan dikira sebagai 3.
● GMV (Nilai Dagangan Kasar/Gross Merchandise Value)
GMV mengukur jumlah keseluruhan wang yang dijana hasil pembelian daripada pembeli
dalam tempoh 7 hari mengklik pada iklan anda.
● Expenses (Perbelanjaan)
Perbelanjaan mengukur jumlah wang yang dibelanjakan untuk iklan anda. Pastikan
perbelanjaan anda berada dalam bajet pengiklanan anda.
Untuk Kata Kunci Iklan, apakah Purata Kedudukan?
● Average Ranking (Purata Kedudukan)
Purata Kedudukan merujuk pada purata kedudukan iklan di kalangan iklan lain untuk
kata kunci yang dipilih di halaman hasil carian, bukannya purata kedudukan di antara
semua hasil carian.
Sekiranya kedudukan iklan anda ialah 8, iklan anda akan muncul di posisi iklan ke-8 dari
bahagian atas halaman hasil carian, bukan pada kedudukan hasil carian ke-8.
Kedudukan nombor yang lebih kecil bermakna iklan anda akan mendapat penempatan
yang lebih baik, dekat dengan bahagian atas hasil carian. Sebagai contoh, kedudukan 1
ialah lebih baik daripada 2, 3 dan seterusnya.
Untuk Pengiklanan Kedai, apakah Bilangan Tontonan Produk, Klik dan CTR?
● Bilangan Tontonan Produk
Bilangan Tontonan Produk merujuk kepada bilangan kali produk di halaman kedai anda
dilihat oleh pembeli log masuk selepas mengklik Pengiklanan Kedai anda.
Sebagai contoh, sekiranya pembeli klik pada Pengiklanan Kedai anda dan skrol ke
bawah untuk melihat 10 produk di halaman kedai anda sebelum memutuskan untuk
keluar, anda akan mempunyai 10 Bilangan Tontonan Produk. Bilangan Tontonan produk
yang tinggi menunjukkan bahawa pembeli meneroka kedai anda lebih banyak selepas
mengklik Pengiklanan Kedai anda.
● Klik Produk
Klik Produk merujuk pada jumlah produk di kedai anda diklik oleh pengguna yang telah
log masuk selepas melihat Pengiklanan Kedai anda.
Sebagai contoh, sekiranya pembeli klik pada Pengiklanan Kedai anda, dan klik pada 4
produk di halaman kedai anda, anda akan mendapat 1 Klik Kedai dan 4 Klik Produk.
Oleh itu, kiraan Klik Produk anda mungkin akan lebih tinggi berbanding kiraan Klik Kedai
anda, menunjukkan minat pembeli setelah mengklik pada Pengiklanan Kedai anda.
● CTR Produk
CTR Produk mengukur peratusan kali pembeli klik pada produk anda apabila melihat
produk anda di halaman kedai selepas mengklik pada Pengiklanan Kedai anda.
○ CTR Produk = Klik Produk ÷ Bilangan Tontonan Produk.
○ Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai 100 Bilangan Tontonan Produk dan
20 Klik Produk, CTR Produk anda ialah 20%. CTR Produk yang tinggi
menunjukkan produk di halaman anda ialah menarik.
Bilakah dan berapa kerap saya perlu menyemak data iklan?
1. Apabila menjalankan iklan anda untuk kali pertama, biarkan iklan berjalan
sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum memuat turun laporan agar anda dapat data
yang teguh dan cukup. Pelarasan minimum dinasihatkan untuk 2 minggu pertama untuk
iklan baru.
2. Semak prestasi iklan anda sekurang-kurangya sehari selepas 2 minggu. Anda boleh
menyemak lebih kerap sekiranya pengiklanan anda tidak memberangsangkan.
3. Muat turun dan simpan data anda sekerap mungkin. Fungsi Eksport Data membenarkan
anda untuk mengakses data sehingga 90 hari.