Ubah Nombor Telefon
Nombor telefon yang betul sangat penting kerana pengguna Shopee akan gunanya untuk sahkan akaun tu dimiliki dia. Jadi pengguna Shopee perlu sentiasa kemas kini nombor telefon terkini supaya mudah untuk mendapatkan kod verifikasi jika diperlukan.
Langkah-langkah untuk kemas kini nombor telefon adalah seperti di bawah:
1) Tekan Me di bawah hujung dan kemudian tekan Account Setting
2) Tekan My Profile
3) Kemudian tekan Phone
4) Masukkan password Shopee anda untuk pengesahan
5) Ikut langkah yang diberi oleh Shopee. Terdapat sesetengah kes, Shopee akan minta anda untuk masukkan maklumat tambahan seperti :
- Expired date Kredit Kad yang telah didaftarkan
- Ataupun masukkan nombor akaun bank yang telah disahkan
6) Selepas selesai pengesahan, anda boleh kemaskini nombor telefon yang baru. Kemudian kod verifkasi akan dihantar ke nombor baru untuk pengesahan
7) Masukkan kod verifikasi dan tekan Continue untuk selesaikan proses. Nombor anda akan berubah secara terus selepas itu.
Okay siap, sekarang apa-apa pengesahan Shopee untuk akaun Shopee ini akan menggunakan nombor yang baru ini
Rujukan: