Cara Tukar Alamat Selepas Dah Bayar

 Cara Tukar Alamat Selepas Dah Bayar

Mungkin ada sesetengah pelanggan yang terperasan alamat yang ditulis adalah salah selepas selesai membuat pembayaran. Jadi ini telah menyusahkan seller dan pelanggan tu sendiri untuk menyelesaikan masalah ini jika barang yang dibeli mengguna Free Shipping Program sebab alamat tersebut telah masuk dalam sistem.

Tapi jangan risau, Shopee telah menyediakan jalan penyelesaian terbaik untuk memudahkan masalah ini diselesaikan.

2 case study yang boleh terjadi:
1) Membeli tanpa mengguna Free Shipping Voucher dan sebelum Seller shipping

Pelanggan boleh pergi kat Shopee App > Klik “Me”

Klik “To Ship”

Klik barang yang dibeli

Klik “Edit” di alamat

Pilih alamat yang betul

Pelanggan hanya boleh mengubah sekali sahaja untuk setiap pembelian dan jika alamat yang terbaru itu dikenakan caj penghantaran lebih tinggi dari alamat sebelum ini, Shopee akan membatalkan pertukaran ini.

Selesai tukar alamat

2) Membeli mengguna Free Shipping Voucher

Jika pelanggan mengguna free shipping voucher, dia tidak dapat nak ubah alamat. Jadi pelanggan perlu membatalkan tempahan tersebut dan membuat tempahan baru.

Tapi jangan risau, jika tempahan dibatalkan dalam masa 1 jam dari tempoh pembelian, pembatalan itu tidak memerlukan kepada pengesahan daripada seller. Jika telah terlebih dari 1 jam, pembatalan itu memerlukan pengesahan daripada seller untuk terima atau tolak pembatalan itu.

Semoga perincian ini akan memudahkan antara seller dan pelanggan.

ShopeeXperts-BootCamp-2023
Afifganu

Afif Ganu

Related post