ShopeePay Ewallet
Semalam Shopee telah menghantar satu notifikasi kepada semua pengguna Shopee berkenaan “ShopeePay Goes Offline”. Apa maksud ni?
Di pasaran sekarang, kita telah jumpa banyak Ewallet seperti TnG, Boost dan GrabPay yang membolehkan kita membayar melalui app sahaja tanpa perlu membawa duit secara cash.
Sebelum ni, ShopeePay hanya boleh diguna di dalam Shopee yang mana kita boleh simpan duit kita dari bank dan masukkan dalam ShopeePay untuk kita guna sewaktu nak bayar barang yang kita beli dalam Shopee.
Tapi pengumuman semalam telah menjadikan ShopeePay sebagai salah satu Ewallet juga yang membolehkan kita menggunakan ShopeePay untuk membayar barang di kedai luar Shopee yang berdaftar.
Step yang mudah kita nak faham adalah kita pergi ke kedai yang berdaftar, cashier akan scan barang yang kita nak beli itu, dan kita tunjukkan kepada cashier QR Code yang ada dalam ShopeePay, siap pembayaran. Mudah kan
Dan di bawah ni Shopee menyatakan terdapat 350 kedai yang berdaftar dengan ShopeePay antaranya adalah Cool Blog, Secret Recipe dan Winter Warmers. Yang menarik sekarang adalah Shopee tengah membuat satu promosi iaitu belanja minimum RM15 di satu-satu kedai dan anda akan dapat cashback RM3. Tapi ada beberapa syarat yang Shopee letak seperti RM3 cashback ni boleh dapat sekali sehari sahaja dan perlu guna ShopeePay QR Code. Promosi ini berjalan dari 24 Februari hingga 22 Mac 2020.
Selain itu, terdapat beberapa deal menarik yang Shopee buat. Boleh tengok di bawah dan secara detail di notifikasi Shopee anda
Cikgu akan tulis langkah-langkah yang detail untuk menggunakan ShopeePay QR Code ni:
1) Pergi ke kedai yang berdaftar dengan Shopee
2) Pilih barang yang nak dibeli dan kemudian buka app Shopee. Tekan Me di bawah sekali dan selepas tu cari ShopeePay
3) Tekan button Pay
4) Masukkan ShopeePay pin
5) Tunjukkan QR Code yang terpapar di screen smartphone anda kepada cashier
6) Anda akan mendapat notifikasi yang menunjukkan pembayaran telah berjaya dilakukan
7) Siap!!! Anda boleh keluar dari kedai tu dengan happy
Btw jika anda belum daftar lagi ShopeePay, anda boleh ikut step di bawah:
1) Tekan Me, kemudian pergi ke ShopeePay
2) Tekan Activate ShopeePay dan ikut langkah seterusnya
3) Topup Wallet ShopeePay dan anda dah boleh mula membeli
Okay siap!!!!!!! Menarik kan ShopeePay ni
Rujukan: