ShopeePay Later (Part 1)
SHOPEE PAY LATER (Ini adalah Tulisan Ustaz Lariba)
Ramai yang bertanya kepada kami berkenaan sistem baru yang diperkenalkan Shopee iatu Shopee Pay Later atau ringkasannya SPayLater.
SPayLater ialah sistem bayaran ansuran untuk pembeli2 yang layak. Pembeli yang layak boleh memilih bayaran ansuran selama 2, 3 atau 6 bulan.
Yuran servis (service fee) dikenakan sebanyak 1.25% sebulan. Di samping itu, caj lewat sebanyak 1.5% sebulan dikenakan sebagai denda bayaran ansuran lewat.
Shopee telah melantik syarikat SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd (SeaMoney) untuk menjalankan operasi pembayaran ansuran Shopee.
Berikut adalah ringkasan bagaimana SeaMoney menjalankan operasi SPayLater:
- Pembeli (buyer) beli barang yang ditawarkan penjual (seller) seperti biasa di Shopee dan memilih untuk bayaran ansuran.
- SeaMoney akan membeli dan penjual akan menjual dan/atau menyerahkan semua jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian (purchase agreement) kepada SeaMoney, dan penjual akan menerima jumlah tertunggak di bawah Perjanjian Pembelian tersebut.
- Pembeli akan membayar secara ansuran kepada SeaMoney.
Berikut adalah isu-isu syarak yang timbul dari aturan ini:
- Hak-milik barang yang dibeli oleh pembeli tidak berpindah kepada Shopee untuk menjadikan akad jual-beli ansuran dengan bayaran tambahan ini sah di sisi syarak (bay taqsith).
- Shopee dan/atau SeaMoney hanya bertindak sebagai pembiaya/pemiutang (financer) dalam sistem ini (seperti perbankan konvensional atau Aeon Credit)
- Shopee dan/atau SeaMoney hanya mengambil-alih hutang (bay al dayn) antara pembeli dengan penjual.
- Shopee dan/atau Seamoney mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 1.25% sebulan.
- Shopee dan/atau Semoney mengenakan caj/denda lewat sebanyak 1.5% sebulan.
Pendapat kami, ini adalah sah terlibat RIBA.
Oleh itu, kami nasihatkan agar kita semua ELAKKANLAH terlibat dengan skim bayaran ansuran Shopee SPayLater sebab terlibat RIBA.
Namun, pembelian biasa dengan Shopee secara tunai dan tidak melibatkan bayaran ansuran adalah harus.
Rujukan SPayLater Terms of Service https://shopee.com.my/docs/6977
Suburkan ilmu, jauhi kedangkalan.
Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya.
Wallahu’alam.
Insya Allah…
Kredit kepada Ustaz Ashraf Latif dan Ustaz Azmir Ahmad.