Tetapan Berat & Dimensi Setiap Variasi

 Tetapan Berat & Dimensi Setiap Variasi

Semua penjual kini boleh mengubahsuai berat dan dimensi bagi setiap variasi item.

Contohnya, jika anda menyenaraikan produk dengan 2 pilihan variasi (cth. saiz dan warna), anda boleh menetapkan berat dan dimensi yang berbeza bagi setiap pilihan variasi (cth. S, M, L).

Mengapa saya perlu menetapkan berat dan dimensi pada tahap variasi?

Menetapkan berat dan dimensi pada tahap variasi boleh membantu anda mengurangkan Overcharged Shipping Fees kerana perbezaan berat produk boleh menyebabkan ketidaksesuaian antara caj penghantaran sebenar dan caj penghantaran yang dianggarkan (berdasarkan berat dan dimensi yang anda masukkan).

Penyenaraian Tunggal

Anda boleh merujuk langkah di bawah untuk mengubahsuai berat dan dimensi untuk Single Listing:

  1. Pergi ke halaman My Products di Seller Centre dan klik Edit pada penyenaraian untuk membuat perubahan, atau klik Add New Product untuk menambah penyenaraian baru.
  2. Di bawah Shipping, pergi ke Different Package for Variants, akan terdapat butang untuk togol hidup/mati pada tetapan berat dan dimensi pada tahap model.
  3. Setelah diaktifkan, lajur baru Weight dan Parcel Size akan muncul di Sale Information dan anda boleh memasukkan berat dan dimensi bagi setiap variasi item.

Tetapan Berat & Dimensi Untuk Setiap Variasi Cikgu Shopee

⚠️ Nota: Input berat dan dimensi bungkusan yang tidak tepat boleh mengakibatkan perkara berikut:

  • Overcharged Shipping Fees
  • Bungkusan yang melebihi had berat dan/atau dimensi kurier, mengakibatkan penolakan bungkusan semasa pengambilan atau bungkusan Dikembalikan kepada Penjual ATAU Returned to Seller (RTS).

💡 Tip: Apabila anda memasukkan berat dan dimensi produk, anda mesti memasukkan pembungkusan dan bukan hanya item itu sahaja. Baca Shopee’s Packaging Guideline untuk maklumat lanjut.

Mass Upload

Mass Upload membolehkan anda memuat naik beberapa penyenaraian baru menggunakan satu ciri. Setelah Different Package for Variants diaktifkan untuk penyenaraian, anda boleh melihat dan memilih Mass Upload.

  1. Jana template Mass Upload.
  2. Isi maklumat mandatori untuk setiap variasi item. Baca Filling the Mass Upload template untuk maklumat lanjut.
  3. Isi maklumat berat dan dimensi bagi setiap variasi item dengan tepat.
  4. Simpan templat, kemudian muat naik di bawah tab Upload File.
  5. Baca Publishing Listings after Mass Upload untuk langkah seterusnya.
Mass Update

Mass Update membolehkan anda mengemas kini butiran untuk beberapa produk sedia ada menggunakan satu ciri.

Setelah Different Package for Variants diaktifkan untuk penyenaraian, anda boleh melihat dan memilih Mass Update untuk mengemas kini berat dan dimensi pada tahap variasi.

  1. Klik pada Mass Update, kemudian jana template Shipping Info.
  2. Edit berat, panjang, lebar dan tinggi produk pada tahap variasi mengikut ID variasi/nama variasi.
  3. Muat naik template Mass Update Shipping Info anda.
Aplikasi Shopee

Tetapan Berat & Dimensi Untuk Setiap Variasi Cikgu Shopee

  1. Pergi ke My Products dan klik Edit untuk membuat perubahan atau klik Add New Product untuk menambah penyenaraian baru.
  2. Klik pada Shipping Fee dan tekan Different Package for Variants.
  3. Klik pada Set variation info dan swipe ke kiri.
  4. Masukkan berat dan dimensi bagi setiap variasi item dan simpan.

Rujuk artikel asal di sini.

admin

Ridhwan Musa

Related post