[Kemaskini Shopee] Kemaskini Kriteria Yuran Komisen Shopee Marketplace

 [Kemaskini Shopee] Kemaskini Kriteria Yuran Komisen Shopee Marketplace

Bermula 24 Oktober 2023, pihak Shopee akan mengemaskini kriteria untuk yuran komisen, khusus bagi semua peniaga tempatan di Shopee Marketplace.

Kemaskini ini akan mebantu kami memberi perkhidmatan yang lebih cekap untuk membantu peniaga baharu memulakan perniagaan mereka.

KRITERIA YANG DIKEMASKINI

KRITERIA LAMA / SEMASAKRITERIA BAHARU (BERMULA 24 OKTOBER 2023)
Yuran Komisen Marketplace dikenakan kepada peniaga Marketplace tempatan dengan jumlah ≥ 100 pesanan lengkap.Yuran Komisen Marketplace akan dikenakan kepada peniaga Marketplace tempatan yang telah menjual di Shopee selama > 120 hari, tanpa mengira jumlah pesanan yang telah lengkap.

💡 Nota:

  1. Peniaga yang telah mencapai lebih daripada 100 pesanan lengkap sebelum 24 Oktober 2023 & sedang membayar yuran komisen akan terus dicaj walaupun mereka baru menjual di platform kurang daripada 120 hari.
  2. Tiada perubahan dalam kadar yuran komisen. Klik di sini untuk pecahan kategori produk.

SOALAN LAZIM

SOALAN JAWAPAN
Siapakah yang akan terjejas dengan kriteria terbaharu Yuran Komisen Shopee Marketplace? Kriteria yang dikemaskini untuk Yuran Komisen Shopee Marketplace akan dikenakan kepada semua peniaga Shopee Marketplace tempatan.
Bilakah kriteria Yuran komisen Shopee Marketplace yang dikemaskini akan dilaksanakan?

Kriteria Yuran Komisen Shopee Marketplace yang dikemas kini akan dikenakan untuk pesanan daripada 24 Oktober 2023 dan seterusnya. Sebarang pesanan yang dibuat sebelum 24 Oktober 2023 tetapi hanya siap pada 24 Oktober 2023 atau selepasnya, tidak akan dikenakan kriteria komisen baharu.

Nota: Yuran akan dikenakan apabila penjual telah menjual di platform selama lebih daripada 120 hari, yang bermula dari hari produk pertama penjualan penyenaraian di platform Shopee. Penjual akan dicaj pada hari ke-121.

Apakah maksud pesanan yang lengkap? Pesanan yang lengkap merujuk kepada pesanan berbayar yang telah dihantar dan diterima oleh pembeli. Ini tidak termasuk pesanan yang dibatalkan, dikembalikan, dibayar balik atau
pesanan menunggu penghantaran. Jumlah pesanan lengkap boleh dilihat melalui Pesanan > Pesanan Saya > Selesai di Seller Centre.
Jika penjual telah mencapai lebih daripada 100 pesanan lengkap & penjual sudah membayar Yuran Komisen Marketplace, adakah penjual akan terjejas? Penjual yang telah mencapai lebih daripada 100 pesanan lengkap sebelum 24 Oktober 2023 dan sedang membayar yuran komisen akan terus dicaj walaupun mereka hanya menjual di platform kurang daripada 120 hari.
Adakah terdapat sebarang perubahan pada kadar Yuran Komisen Marketplace semasa? Tiada perubahan pada kadar Yuran Komisen Marketplace semasa. Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut.
Bagaimanakah cara untuk menyemak Yuran Komisen Shopee Marketplace yang dikenakan untuk pesanan yang sudah lengkap? Untuk menyemak Yuran Komisen Shopee Marketplace yang dikenakan untuk semua pesanan yang lengkap, sila lawati Pendapatan Saya > Invois Cukai Saya di Seller Centre.
Di manakah penjual boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai Shopee Marketplace? Penjual boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shopee Marketplace.
admin

Ridhwan Musa

Related post