[Kemaskini Shopee] Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran Pembeli.
- News
- Ridhwan Musa
- May 22, 2023
- 0
- 318
- 6 minutes read
Untuk menambah baik pengalaman pembeli & meningkatkan kadar penukaran, pada 24 Mei 2023 akan berkuatkuasanya “Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran” akan terpakai kepada semua penjual tempatan yang menjual produk Fesyen*.
*Nota : Produk Fesyen tertentu dikecualikan atas alasan kebersihan.
PERKARA PENTING YANG PERLU DIBERI PERHATIAN:
- Pembeli boleh pilih alasan “Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran” untuk 10 pesanan sahaja setiap bulan.
- “Non-Fulfilment Rate” penjual yang terlibat tidak akan terkesan dengan kemaskini ini.
- Penjual tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan* kerana kos pemulangan & penghantaran akan ditanggung oleh Shopee.
- Penjual boleh pertikai dalam masa 3 hari dalam menerima bungkusan pemulangan tersebut.
*Ini tertakluk kepada perubahan tanpa notis bertulis.
GAMBARAN KESELURUHAN PROSES “PEMULANGAN / PEMBAYARAN SEMULA: PEMULANGAN DISEBABKAN PERUBAHAN FIKIRAN”
Tips
Penjual boleh pertikai dalam masa 3 hari kalendar dalam menerima bungkusan pemulangan SEKIRANYA item pemulangan:
– tidak berada dalam keadaan baharu.
– tidak Lengkap (tanpa pemberian percuma asal dan/tidak aksesori atau tanpa dilampirkan tag/label asal
– tuntutan yang tidak betul
BAGAIMANA IANYA BERFUNGSI KEPADA PEMBELI?
Langkah 1:
Pembeli boleh menekan pilihan “Pemulangan & Pembayaran Semula” dan pilih alasan “Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran”
Langkah 2:
Pembeli kemudian perlu pilih “Secara Drop-Off” atau “Secara Self-Arrange” untuk pulangkan item.
Nota
SOALAN-SOALAN LAZIM
SOALAN | JAWAPAN |
---|---|
Kenapakah wujudnya “Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran”? | Untuk tambah baik pengalaman pembeli & meningkatkan kadar penukaran, Shopee memperkenalkan ciri ini kepada pembeli untuk memulangkan item disebabkan perubahan fikiran yang mana tiada kos tambahan dikenakan kepada penjual. *Ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa sebarang notis bertulis. |
Siapakah yang terlibat dalam “Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran”? | Hanya penjual tempatan yang menjual produk Fesyen sahaja terlibat dalam ciri ini. Nota: Produk Fesyen tertentu akan dikecualikan kerana alasan kebersihan. Tekan sini untuk maklumat lanjut. |
Adakah akan ada kos tambahan yang dikenakan pada proses “Pemulangan / Pembayaran Semula” bawah “Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran”? | Tiada kos tambahan yang dikenakan kepada penjual untuk ciri ini kerana kos pemulangan & penghantaran akan ditanggung oleh Shopee sehingga notis lanjut. *Ini mungkin tertakluk kepada perubahan tanpa notis bertulis. |
Apa terjadi bila item yang diterima tidak sama sebagaimana penjual poskan (contoh: rosak, tak lengkap, salah)? | Penjual boleh buat pertikaian dengan bukti yang sah dalam 3 hari kalendar selepas menerima bungkusan dan Shopee akan semak selanjutnya. Ketahui lebih lanjut mengenai proses Pemulangan / Pembayaran Semula Shopee di sini. |
Adakah “Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran” beri kesan kepada “Non-Fulfilment Rate” penjual? | Tidak, “Pemulangan / Pembayaran Semula: Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran” tidak beri kesan kepada “Non-Fulfilment Rate” penjual. |
Apakah penjual perlu buat sekiranya pesanan yang telah dikembalikan balik bayarannya, tetapi item tidak dikembalikan? | Jika penjual tidak menerima bungkusan pemulangan selama 3 hari kalendar selepas pembeli hantarkan bungkusan pengembalian, penjual ada 3 hari untuk buat pertikaian melalui Pusat Penjual. Ketahui lebih lanjut di sini. |
Ada tak had bilangan pesanan yang pembeli boleh pulangkan? | Ya, pembeli boleh pilih alasan “Pemulangan Disebabkan Perubahan Fikiran” terhad kepada 10 pesanan setiap bulan. |
Artikel asal boleh rujuk sini.