[Kemaskini Shopee] Kes Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik Yang Boleh Dilaras

 [Kemaskini Shopee] Kes Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik Yang Boleh Dilaras

Mulai 19 September 2023, bagi kes Pemulangan Barang / Pembayaran Balik yang boleh diselaraskan, di mana hanya sebahagian pesanan rosak dan perlu dipulangkan atau dikembalikan, penjual berupaya untuk menerima pembayaran balik Shopee Coins, Shopee Voucher, & Shopee Rebate yang digunakan dalam pesanan tersebut. Teruskan bacaan untuk maklumat terperinci tentang aliran baru ini dan bagaimana pengiraannya akan dibuat.

APAKAH PEMULANGAN BARANGAN / PEMBAYARAN BALIK YANG BOLEH DISELARAS?

Ianya merujuk kepada kes-kes di mana:

  1. Penjual menawarkan pembayaran balik yang separa kepada pembeli untuk kategori “Produk Rosak”, “Tidak Berfungsi “, “Salah”, “Tiruan” atau “Produk Tidak Sesuai”, dan pembeli boleh berbincang mengenai jumlah pembayaran balik tersebut.

    ATAU

  1. Pembeli meminta pembayaran balik yang separa untuk kategori “Barang Yang Hilang” dan untuk kategori “Produk yang Tidak Boleh Dipulangkan”, dan Shopee memutuskan sama ada untuk meneruskan dengan jumlah yang diminta.”

 

PERBANDINGAN ALIRAN SEMASA VS BARU UNTUK PEMULANGAN BARANGAN / PEMBAYARAN BALIK YANG BOLEH DISELARAS

JenisSebelum 19 September 2023Selepas 19 September 2023
PembeliPenjualPembeliPenjual
Shopee CoinsTidak bayar balik untuk coins yang digunakanBayar balik jumlah penuh coins yang digunakan oleh pembeliBayar balik sebahagian jumlah coinsTerima baki lebihan dari jumlah coins
Shopee VoucherTidak bayar balik baucar yang digunakanBayar balik jumlah penuh baucar yang digunakan oleh pembeliTidak bayar balik baucar yang digunakanTerima pembayaran balik separa daripada baucar
Shopee RebateTidak bayar balik rebat yang digunakanBayar balik jumlah penuh rebat yang digunakan oleh pembeliTidak bayar balik rebat yang digunakanTerima pembayaran balik separa daripada rebat item

NOTA:

  1. Coins, Baucar & rebat akan ditukarkan kepada nilai dan jumlah tersebut akan dikreditkan ke dalam Seller Wallet.
  2. Buat masa sekarang, penjual menerima penuh jumlah nilai baucar penjual yang digunakan oleh pembeli dalam Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik yang berjaya.

 

CONTOH KIRAAN SEPARA (COINS, BAUCAR & REBAT) SELEPAS 19 SEPTEMBER 2023
( sebelum pengurangan oleh yuran komisen, servis & transaksi )

Perhatian: Semua pembayaran balik adalah berdasarkan jumlah sebenar yang dibayar oleh pembeli.

COINS
Nilai ItemRM10.00
Shopee Coins yang dibelanjakan100 Coins
Jumlah yang dibayar oleh pembeli (nilai item [RM10] – Shopee Coins yang dibelanjakan [RM1])RM9.00
Pembeli menimbulkan Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik Yang Boleh Dilaraskan
Jumlah muktamad pembayaran balikRM4.00
Pembeli menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + pembayaran balik coins)RM4.00 + 44 Coins (RM0.44)
Penjual menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + pembayaran balik coins)RM5.00 + RM0.56
SHOPEE VOUCHER
Nilai ItemRM10.00
Shopee Voucher yang digunakanRM2.00
Jumlah yang dibayar oleh pembeli (nilai item [RM10] – Shopee Voucher yang digunakan [RM2])RM8.00
Pembeli menimbulkan Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik Yang Boleh Dilaraskan
Jumlah muktamad pembayaran balikRM5.00
Pembeli menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + pembayaran balik baucar)RM5.00 + Rm0.00
Penjual menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + baki baucar yang ditukar kepada nilai)RM3.00 + RM0.75*

*Perhatian: Kiraan untuk baki baucar ditukarkan kepada nilai adalah seperti berikut:

SHOPEE REBATE
Nilai ItemRM15.00
Shopee Rebate yang digunakan (10% Rebate Now)RM1.50
Jumlah yang dibayar oleh pembeli (nilai item [RM15] – Shopee Rebate[RM1.50])RM13.50
Pembeli menimbulkan Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik Yang Boleh Dilaraskan
Jumlah muktamad pembayaran balikRM3.00
Pembeli menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + pembayaran balik rebat)RM3.00 + RM0.00
Penjual menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + baki rebat yang ditukar kepada nilai)RM10.50 + RM1.17

*Perhatian: Kiraan untuk baki rebat ditukarkan kepada nilai adalah seperti berikut:

COINS + VOUCHER + REBATE
Nilai ItemRM20.00
Shopee Coins yang dibelanjakan200 Coins
Shopee Voucher yang digunakanRM5.00
Shopee Rebate yang digunakanRM2.00
Jumlah yang dibayar oleh pembeli (nilai item [RM10] – Shopee Coins yang dibelanjakan [RM1])RM11.00
Pembeli menimbulkan Pemulangan Barangan / Pembayaran Balik Yang Boleh Dilaraskan
Jumlah muktamad pembayaran balikRM5.00
Pembeli menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + pembayaran balik coins)RM5.00 + 91 Coins (RM0.91)
Penjual menerima ( Jumlah Muktamad Pembayaran Balik + baki baucar + baki  coins + baki rebat yang ditukar kepada nilai)RM6.00 + RM2.73 + RM1.09 + RM1.09

Maklumat terperinci mengenai jumlah pembayaran balik boleh dilihat dalam kedua-dua Pusat Penjual & Aplikasi.

 

Pusat Penjual (Seller Centre) 

Penjual boleh pergi ke Pesanan Saya > Lihat Butiran Kutipan > Jumlah Pembayaran Balik, dan satu kotak  pop-up akan muncul dengan butiran jumlah.

 

Aplikasi Shopee (Shopee Apps)

Penjual boleh pergi ke Jualan Saya > Butiran Pesanan > Lihat Butiran Pendapatan, dan lihat butiran jumlah bawah  Subtotal Barangan.

Laporan Pendapatan

Penjual boleh lihat dengan lebih terperinci mengenai jumlah pembayaran balik di bawah  Pendapatan Saya > Butiran pendapatan > Eksport.

  1. Kolum “Refund Amount” menunnjukkan jumlah pembayaran balik item dan baucar / rebat /coins.
  2. Kolum “Product Discount Rebate from Shopee” menunjukkan nilai rebat selepas pembayaran semula separa.
  3. Kolum “Refund Amount Breakdown” menunjukkan pembayaran balik yang penuh kepada pembeli, pemotongan coins dan pemotongan baucar.

Penjual boleh menemukan Ringkasan Pendapatan pada tab seterusnya selepas daripada tab Laporan Pendaptan. “Jumlah Pembayaran Balik” dan “Diskaun Rebat Produk” menunjukkan jumlah semua pesanan yang boleh ditapis mengikut tarikh yang dipilih.

Artikel asal: https://seller.shopee.com.my/edu/article/19248

Cikgu Shopee Iklan Kelas Oleh Cikgu Shopee
admin

Ridhwan Musa

Related post